CINTA NORLY AIMANZ

CINTA NORLY AIMANZ
Khairul Akmal & Norliza

Friday, November 5, 2010

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah..."

Ya Betul! Fikir2lah dahulu sebelum buat
keputusan. Bagus cerita ini.
Recommended utk dibaca, xkire llaki
@ perempuan...
Layan jap...
"Sayang, Abang minta izin untuk
nikah sorang lagi," Aliyah yang
sedang melipat kain, terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah
pendengarannya kian kabur lantaran
usianya yang kian beranjak. Adakah
dialog tadi hanya dilafazkan di dalam
TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang. Dia
memandang sekali imbas wajah Asraf
Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat
di tepi, bangun lantas menuju ke
dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum
dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya Kecil lagi, rutin itu dilakukan
dengan suaminya. Kini, anak-anak
kian beranjak remaja. Kemudian, dia
menjenguk bilik putera bujangnya
yang berdua, si kembar, Solehin dan
Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga
yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri
solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan
pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan
dia
lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau,
aku rasa kau mampu untuk beri
makan 2 keluarga," sokongan Hanif,
teman sepejabat menguatkan lagi
hujah apabila dia berdepan dengan
Aliyah.
" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu
memimpin Qis," masih terngiang-
ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya
punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai solat subuh, cepat-cepat dia
bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-
anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.
" Abang , Aliyah setuju dengan
permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu," Lembut
dan tenang sayup-sayup suara
isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang
panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang
mengilai wanita yang jauh lebih
muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan
isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah
hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia
kisah seorang tentera yang disimbah
dengan asid, gara-gara menyuarakan
keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan
seumur hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak
sempat dilangsungkan. Dan dia,
hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri Abg," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih
lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam
tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"
Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya
berjumpa dengannya? Dia sering
disogokkan dengan pelbagai cerita
isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah
jika nak membuli aku Desis hati kecil
Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah
dia merindu. Puas dicuba untuk
menghubungi Qistina, namun tidak
berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga
peristiwa dia menghantar Qistina
untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah
bermunajat di Masjid Putra. Di masjid
itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan
dirinya dengan aktiviti keagamaan di
masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama
dengan Aliyah serta anak-anaknya,
berjemaah dengan kariah masjid.
Kemudian menghadiri majlis kuliah
agama. Membaca AlQuran secara
bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina
melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya.
Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tahmid yang sering
dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia
cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin
yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam
Kampung Seputih. Asraf Mukmin
yang asyik dengan berzanji. Menitis air
matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah
menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke
kantung inbox hensetnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak
sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg,"
Dibawah hensetnya, ada sekeping
sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan.
Sampul berwarna cokelat yang
hampir saiz dengan A4 itu dibuka
perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan
Aliyah seorang calon madu yang
begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan
penilaian
Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala
model, dia memang mengalahkan
Aliyah yang sudah tidak nampak
bentuk badan. Baju- bajunya
memang mengikut peredaran zaman.
Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa Abg sendiri pun,
masih belum termampu untuk
dijawab di akhirat sana , apatah lagi
Abg nak menggalas dosa org lain.
Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya
pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah
masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua
makanan western food tu. Lagi satu,
anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la
pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan
Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat
Abg yang lahir, jadinya Aliyah
harapkan dia mampu untuk mengajar
anak-anak Abg nanti untuk menjadi
imam dan imamah yang beriman.
Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut
memakai telekung... Aliyah sayangkan
Abg...
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian
yang jauh lebih baik memandangkan
Abg mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abg di Masjid Putra
mengiayakan tindakan Abg ini,
ambillah borang ini, isi dan pergilah
kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di Sawarak.
Menunggu Abg... Aliyah sayangkan
Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat
untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari
wanita yang setanding dengan
Aliyah...
Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk Abg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah,
isterinya!!!
************
Moral Of The Story : Bersyukurlah
dengan apa yg kita ada. Cinta pada
kecantikan tidak akan kekal
selamanya.

No comments:

Post a Comment