CINTA NORLY AIMANZ

CINTA NORLY AIMANZ
Khairul Akmal & Norliza

Sunday, March 3, 2013

takdir Allah menemukan kita



Anak punai anak merbah
Terbang burung buat sarang
Anak sungai pinberubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang…

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu…

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan dihati…

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu acheh
Jangan kesal jangan kenang
walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih…

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa di nanti…
Patahkan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati…




31 mei 2010 ~ Pejabat Agama Kajang Selangor
Hari ni terlerai sudah semua ikatan suami isteri antara aku dan abang mustapa.walaupun itu kemahuanku…moga perpisahan dan perceraian ini akan mengubati luka dan kekecewaan yg aku lalui selama bergelar isteri kepada abang mustapa.demi Allah aku masih sayang padanya..tp aku tidak berdaya untuk bertahan..cukuplah selama 6 tahun aku cuba pertahankan perkahwinan kami…sudah suratan ilahi jodoh kami sampai disini saja.biarlah kami bawa haluan sendiri. moga abang mus akan bahagia bersama wanita pilihan,yang dapat membahagiakan hidupnya…


Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa....Adakah aku bersalah
Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu…akulah suri hidupmu

Luka dihatiku rawat sendiri
Hari berlalu musim berganti
Dan kini kau ingin diriku lagi
Apakah upaya diriku wanita
Dan Yang tinggal kini kelukaan
Tak akan ku jadi pengemis cintamu
Akan ku buktikan kepadamu…





Kini aku sah bergelar ‘Miss J’ gelaran yang paling berat yang harusku pikul.maklumlah orang akan memandang serong dan berfikiran negetif pada kami yang bergelar janda.insyaAllah…moga aku kuat hadapi dugaan yg mendatang selagi keluarga masih disampingku untuk harungi hari hari yang mendatang…

Jun 2010
Seperti biasa setiap pagi aku akan ke Hospital Ampang untuk melaksanakan kerja hakiki sebagai pembantu perawatan kesihatan…dan sebelah petang pula aku akan ke Poliklinik Gomez untuk kerja sambilan sebagai pembantu klinik.waktu dan masa aku hanya kerja…kerja dan kerja untuk menampung bayaran kereta dan rumah.Alhamdulillah mujur keluargaku mengerti dgn keadaan aku yg bersendirian menanggung hutang2 yg ditinggalkan..
Suasana di klinik pakar ENT hospital Ampang memang sibuk dgn pesakit2 yg bermacam ragam…tp itu tak mungkin dapat mematahkan semangat aku untuk berbakti pada mereka yang memerlukan…dgn slogan kami sedia berkhidmat..aku bangga dgn jawatan yang aku pikul..wlupun aku bukannya nurse tp sebagai assistant nurse pun aku amat gembira selama 2 bulan aku berkerja disini.aku bersyukur dpt bos yang baik...bekerja dgn doctor dan staff ENT yg baik..wlupun ada seorang dua yang amat menjengkelkan hati.  
Setelah selesai waktu rehat..kami semua akan berkumpul sebab sebelah petang..klinik ENT tiada pesakit kecuali kes2 emergensi.oleh kerana klinik ENT berkongsi tempat pendaftaran bersama klinik Oftal (mata) makin riuh lah suasana di situ…En.lias,En.zeman,Iqbal,Nabil,Heri,Abe wans,Mamat,kak syu,kak sya,kak ros,rinda…dan aku.. mereka gelarkan liza Gomez atau mez…sbb aku bekerja di klinik Gomez hehehe….
Dalam byk2 teman yg aku kenal…dan setelah aku dikecewakan…aku jadi berdendam dgn insan yg bergelar lelaki.sesiapa saja yang mengetuk pintu hatiku,akan aku biarkan saja…kebanyakkan lelaki yg aku kenal lebih muda dariku…dan tujuan mereka hanya satu..mengambil kesempatan dalam kesempitan.wahai dunia…mengapakah mereka seperti itu..? seolah tiada kebahagian bagi diriku…

July 2010
Malam ni aku kerja semalaman di klinik Gomez..dalam sibuk menyediakan ubat pada pesakit…facebook aku tak tinggal…hehe..ape boleh buat,itu saja peneman setia aku sekarang.sedang asyik mengelamun mengenang nasib diri…tiba2 masuk chat dari De aiman aimanz…pada mulanya aku malas nak layan,dalam hati aku berkata kata…’kenapa muka mamat ni seiras abg mus’ dah la aku masih frust ngn abg mus…nak tak nak.aku layan sembang acuh tak acuh saja sebab memang dari mula aku akan reject dia… hehe.dia memulakan salam perkenalan…namanye khairul Akmal bin Abdullah berasal dari kedah,lahir tahun 1985,mcm2 cerita dia kongsi bersama aku.dia suka bercerita…mcm2 yg ditulis dan aku akan membacanya.selepas menukar no.telefon.akhirnya dia minta diri dan berjanji akan hubungi aku di facebook atau phone.



sejak perkenalan itu,tak sangka dia akan cari aku di FB.kami berchating di facebook,dia seorang yg kelakar.kami agak rapat walaupun kami baru kenal.dia pandai mengambil hati dan selalu buat aku ketawa dgn kata2nya.aku senang bersamanya sehingga aku bergurau.. pasang angan2 utk nikah dgnnya 10-10-2010 hehe.. saja je aku mahu menduga dia…aku mahu lihat adakah dia serius berkawan atau main2 mcm lelaki lain yg pernah aku kenal. mana mungkin kami akan berkahwin dalam masa 3 bulan dari tarikh tersebut.semakin lama semakin galak pula soalannya…lebih kearah peribadi…semua dia nak tahu tentang diriku.semakin hari ,dia makin menghampiri,bila dia bertanya tentang hati dan perasaan..aku selalu berdalih2  perasaanku padanya.tak mungkin aku akan memilih serupa mcm abg mus.betul kata orang…’apa yang kita benci itulah yang akan kita dapat’
 Sebagai manusia yg ikhlas dalam berkawan,aku pun terus terang dengan kedudukan aku yg sebenarnya..bagi aku buat apa menipu..lambat laun mereka akan tahu juga.pada firasat aku..aku tahu dia terkejut dgn status aku…memang pada mulanya dia tidak kisah dengan status aku,tapi aku dah boleh agak hubungan kami selepas ini…mereka akan datang dan pergi sesuka hati…aku Cuma inginkan sahabat sejati yg boleh berkongsi suka duka segalanya.Ramalanku benar belaka…sejak itu dia mendiamkan diri…agak lama dia menghilang…mungkin dia perlukan ruang utk berfikir.maklumlah aku tak seperti wanita diluar sana.dia berhak dapat yang lebih baik dan sempurna dari aku. lagipun mak melarang aku memilih bakal suami orang jauh…kerana mak tidak mahu aku berjauhan dari  keluarga.
September 2010
Bulan ini bulan Ramadan…begitu hiba ku rasakan bulan ini..bermakna sudah setahun aku berpisah…bulan Ramadan jua abg mus keluar rumah meninggalkan aku.Ramadan ini mengingatkan aku…yang aku telah dilepaskan oleh abg mus oleh kerana seorang perempuan.sedih mengharungi hari2 keseorangan.pada akhir2 ramadan aku dikejutkan dgn panggilan aiman.setelah lama menyepikan diri..di saat aku berbuka puasa aiman hubungi aku bertanyakan khabar.ermm…aku layan acuh tak acuh,pelik sungguh la dia ni…
Oktober 2010
Bulan syawal menjelma setelah sebulan menunaikan ibadah puasa.aku memutuskan ingin berkampung dimelaka utk menenangkan jiwa.seminggu aku dikampung bermakna seminggu aku tak berhubung di facebook.aku diberitahu oleh adikku ada org komen gambar raya kami.siapa ye komen? Nana ckp de aimanz,Yb mamat ngn mohd kamil.dan yang amat memusykilkan aku…aikk..de aimanz??
Setelah habis cuti raya..aku dihantar oleh pakndak dari nilai ke ampang.dalam perjalanan,aku mendapat panggilan dari aiman.pelik juga aku dibuatnya…ye laa dah lama menghilang tiba2 muncul kembali.katanya ingin bertanya khabar dan mengucapkan selamat hari raya padaku.kali terakhir dia call aku masa berbuka puasa.lps tu dia hilang lagi.dia mengadu dah seminggu demam.aku menyuruhnya makan ubat.dia kata ubatnya ada padaku dan dia rindukan aku…’Ayo…ape dah jadi ni’?


Pagi ini aku mula bekerja setelah puas bercuti raya.dan setiap pagi juga handphone aku akan berbunyi menandakan ada mesej dari aiman.tak kiralah sms ke mms ke…semua dari aiman.pada tengah malam pula aku akan dapat mesej ayat2 jiwang darinya…mcmane aku nak balas ye…dapat baca mesej pun awal pagi tgh siap2 nak pergi kerja dan tempat keje pulak tak ada line.sudahnya aku membiarkannya saja.bila balik kerja pula…bertalu2 mesej yang aku dapat.aku hanya dapat balas sms dia seadanya.soal hati bukan boleh dibawa main…kenapa tiba2 dia datang kembali mengharap sesuatu yang tak pasti…
                Dia masih ingin memujuk aku tapi aku masih belum terbuka hati utk menerima dirinya,aku selalu berdalih dan selalu beri alasan padanya.Duda anak satu ingin melamar aku tapi aku tolak juga.aku maklumkan pada aiman ttg org datang merisik aku…tak sangka pula berita itu memberi  kesan padanya.dia agak kecewa bila aku mengatakan bahawa keluarga aku ingin menjodohkan aku dgn sepupu aku sendiri.aku tahu kali ini aiman betul2 serius dgn aku…aku juga dpt rasakan dia betul2 berusaha memiliki aku sbg isteri.ketahuilah aiman…semua alasan diatas adalah helah semata..aku hanya ingin menduga keikhlasan hatinya.maafkan norly…

November 2010
Hari berlalu…aku masih bersama aiman.kami cuba buat kedua kalinya…sikit demi sedikit aiman dapat menyentuh hatiku.aku cuba berterus terang lagi bahawa aku tak dapat menjanjikan apa2 padanya sekiranya dia mahu mengambil aku sebagai isterinya.aku tak dapat janjikan zuriat padanya bila kami sudah berkahwin kelak…sebab semua itu diluar kuasa aku.Cuma aku akan menyayangi dirinya seperti mana aku menyayangi diriku sendiri.aku hanya ada kasih yang tidak berbelah bagi untuknya.aku mahu dia terima aku seadanya..kerana aku sedar diri ini tidak sempurna.dia berjanji akan menjaga,mencintai dan membela nasib aku…status aku bukan penghalang cintanya padaku.aku bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menyayangi dan mencintai aku setulus hati tanpa mengharap balasan..
Ya Allah…kau rahmatilah hubungan kami,sekiranya jodoh kami kuat..peliharalah hubungan  kami,kuatkanlah kasih sayang kami.masa2 aku hanya untuk aiman.kami berchating,sms,berbual di telefon.Cuma aku harus beritahu kepada mak ayah tentang aiman.berdebar2 jantungku menanti keputusan mak,ayah tak ada masalah utk terima aiman. Telah ku duga,seperti 3 bulan lepas mak melarang hubungan aku dgn aiman.mak agak keberatan dgn alasan aiman orang kedah.wahai mak..jauh itu bukan pemisah…
Pada masa ini aku telah terlanjur sayang pada aiman.perasaan itu hadir hanya untuk aiman.tapi hubungan kami ditentang hebat.aku sedih memikirkan hal itu…kasih tak kesampaian.mak meminta pendapat along mengenai hubungan aku dan aiman.along membantah habis habisan dgn alasan yang sama…aiman orang kedah..jauhnya berbatu2.menitis airmataku mendengarnya...cinta kita terhalang dan dihalang…
Akhirnya aku memutuskan pada semua…ini adalah cinta norly yang terakhir dan jika cinta ini tidak direstui…norly tidak mahu berkahwin lagi.anggaplah cinta ini cinta terakhir…




  

Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita
Kau sempurna dimataku
 satu antara seribu
Tiada antara didunia
Mungkinkan terputus ditengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan...


Disember 2010
Perkhabaran baik yang aku terima dari mak…mak merestui hubungan aku dan aiman.aku bagai tak percaya mendengarnya.mak ayah meminta aiman berjumpa mereka terlebih dahulu.aku pun mengkhabarkan pada aiman. Buat pertama kalinya aku rasa aiman begitu gembira…setelah beberapa kali aku menolak hajatnya.Alhamdulillah semuanya telah mendapat restu dari keluarga.hari berganti hari kami menyulam rasa cinta yang kian menebal di sanubari walaupun kita belum bersua muka.ada cinta dalam hati…








Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan…
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin terbuang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus…
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbang kan berulang kesilapan…








Hubungan kami semakin erat…kami sedang dilamun cinta.aku berasa lebih tenang berbanding dulu..maklumlah ada orang yang menyayangi diri aku..pasti aku bahagia dan bersyukur,setiap dugaan yang aku lalui pasti ada hikmahnya.begitu juga hubungan aku dan abg mus,kami masih berkawan baik…walaupun kadang kala abg mus masih merayu mahu aku kembali  sebagai isterinya lagi.maafkan norly, abg mus…sesungguhnya pintu hati norly sudah tertutup untuk kita kembali seperti dulu…

Sukarnya ku nyatakan perasaan padamu
Yang semakin menebal bersemi dikalbuku
Sungguh pun demikian terpaksa ku terima
Hakikat yang sebenar diri ini sebenarnya dicintai

Beratnya hati ini untuk melepaskanmu
Sudah pasti kau luka….
Dan andai ku pilihmu jadi kekasihmu
Bagaimana dgn dia yang terdahulu menyintaiku…
Sungguhku serba salah tak menentu
Mengapa semua ini yang terjadi….

Pastiku menyendiri
Dari meluka keduanya
Tak mungkin kan terjadi
Dua Jiwa Satu Hati..




Januari 2011
hari ini Jumaat (7/1/2011) buat pertama kalinya kami rancang hendak bertemu selepas habis waktu kerja..pada pagi itu aku jadi tak keruan..ada saja yang tak kena.mungkin aku gementar memikirkan aku akan bertemu aiman malam nnt.tapi perasaan aku makin tak keruan bila mendapat panggilan dari adik abg mus…dia mengatakan bahawa abg mus kemalangan jalan raya dan meminta aku segera hadir ke hospital kuala lumpur.aku meminta pelepasan dari bos utk ke sana.pada masa itu aku tidak diberitahu bahawa abg mus telah pergi meninggalkan aku buat selamanya.setelah aku mendapat tahu abg mus meninggal dunia,aku meraung menangis sepuasnya.serasa jantung aku begitu sakit menerima berita yg tidak terduga itu.dengan ditemani along,aku diminta oleh mereka untuk ke rumah mayat HKL.Ya Allah…bagai mahu pitam aku melihat wajah arwah abg mus buat yg terakhir.mayatnya terbujur kaku..begitu tenang wajahnya seperti sedang tidur…Ya Allah,tempatkanlah roh arwah abg mus dikalangan orang2 yg beriman dan ampunkanlah segala dosa2nya…
 

Dalam dakapan senja
ku renungi sinar matamu
berat rasa melepaskan dikau pergi…
diri hembusan bayu

lemah longlai langkah kakiku

membayangmu kian jauh dari mata…
malangnya bencana menimpa
kau telah pergi untuk selamanya
tak kembali….
Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu
 Kau bisikan hanya sayang kepadaku…








Nurkilan Norlymus
Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan.10 tahun kita bersama…suka duka,lara dan tragis bila abg mus pergi buat selamanya tanpa sepatah kata.kita dah cuba jadi suami isteri yang baik dan sedaya upaya selamatkan perkahwinan kita..tapi inilah jawapan pada perhubungan kita.semuanya ketentuan Allah.kita bercerai hidup dan mati.dah tertulis..kita hanya dapat bersama setakat ini.maafkan norly…norly dah temui pengganti abg dan norly tak minta semua ini berlaku.norly sentiasa mendoakan abg mus di alam sana.selepas kita bercerai dulu,kita bahagia jadi abang dan adik walaupun hanya untuk seketika…
Pada hari tersebut aku khabarkan pada aiman situasi yg aku alami …mujur dia selalu ada menenangkan jiwa aku.kesian aku memikirkan aiman tak kesampaian dan bersusah payah dari kedah ingin bertemu aku buat pertama kali…tapi aku harus  pergi sempurnakan pengebumian jenazah abg mus buat kali terakhir.sesungguhnya hanya Allah maha mengetahui…pada hari yang sama,takdir menemukan aku dan aiman,takdir juga memisahkan aku dan abg mus.hadirnya aiman dalam hidup aku punyai  wajah seiras dan peribadi yang hampir sama.
                Keesokkan harinya ayah bertanya padaku…adakah aku ingin jumpa aiman? Ayah menyuruh aku berjumpa aiman dan menjemput aiman ke rumah untuk berkenalan dengan mak ayah.aku kuatkan semangat untuk memandu dalam perasaan yg berbaur baur.dengan ditemani adikku nana,kami ke puchong kinrara minta bantuan kak salmah untuk menemui aiman di puchong prima.setelah puas mencari lokasi aiman,akhirnya kami bertemu jua… Selama ini kami hanya bertemu dialam maya..hanya melihat gambar.hari ini takdir menemukan kita akhirnya.

Patah Tumbuh Hilang Berganti…


“Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan
Tapi tak bermakna cinta yang hadir selepas itu

Tidak sehebat cinta pertama”



Debaran Aiman…..
       Hatiku berdebar-debar… Entah kenapa? Atau mungkin kerna Norly  mahu berjumpa aku. Tatkala Pagi itu handhone aku berdering hatiku bagai nak luruh bila dia berkata sedang berada di hadapan rumah Abang aku. Aku turun  mencari dan menunggu Norly. Dimanakah dia? Apakah dia bergurau? Kusut aku dibuatnya. Tanpa diduga keretanya meluncur terus berhenti dihadapanku. Terpaku aku dihadapannya. Pertama kali bertentang mata setelah sekian lama hanya berjumpa tanpa wajah di Alam Maya atau lebih dikenali CINTA MUKA BUKU…….
       Ku menjemputnya masuk ke dalam rumah. Tersipu-sipu malu aku. Aku ingat dia datang seorang. Rupa-rupanya adik dia dan sepupu dia pun turut serta.kami berdua diam seribu bahasa.hanya kedengaran suara riuh kak salmah bersembang dengan kak ros.dalam keriuhan itu,mata kami bagai berbicara dalam hati.bagai mengerti gelodak perasaan yang meruntun kalbu.





 Debaran Norly…
Ya Allah..sesunggunya aku gementar…betulkah tindakan aku ini? bermacam2 persoalan dalam fikiranku…adakah aiman akan memilih aku? Bolehkah aiman menerima aku seadanya? Apapun jawapan aiman…akan aku terima. kami tidak berkesempatan untuk berbincang hati ke hati.Dalam renungan mendalam,akalku seolah kosong.mungkin aku masih terkejut kehilangan abg mus semalam.aku hanya berserah pada Allah… pasrah atas ketentuan yang akan aku hadapi untuk hari mendatang.aku memilih aiman kerana Allah Taala.aku tahu semua ini suratan,mungkin kehadiran aiman penawar bagiku dan aku bersyukur kerna masih ada sinar kebahagia…hikmah atas apa yang terjadi.
                Tak  lama selepas itu,aku membawa aiman ke Ampang untuk bertemu mak dan ayah.dalam perjalanan.aku melihat aiman runsing.bagai ada sesuatu yang menganggu dia…aku faham ape yang dirasakan itu.aku turut mengalaminya,Cuma aku tak berapa pasti adakah aiman ikhlas memilih aku? Aku perlukan jawapan sebelum kami sampai dirumah.aku melihat aiman mengeluh…lalu aku ambil tangannya dan mengengam erat jari2nya.dalam hatiku berkat..jika aiman tak membalas gengaman tanganku..aku tahu jawapannya.tapi tak ku sangka,aiman juga gengam erat tanganku.baruku tahuyang aku tak bertepuk sebelah tangan.aku Cuba bagi dia kekuatan untuk berdepan dgn mak ayah…lama kelamaan aiman semakin tenang mengawal debarannya.
                Di rumah,aku perkenalkan aiman pada mak ayah dan along.Alhamdulillah semuanya lancar.aku melihat ayah senang berbual dgn aiman.aiman pun ramah bercerita.didapur,aku dan mak sedang menyediakan hidangan makanan.mak berkata padaku…’muka aiman saling tak tumpah sama dgn abg mus…patah tumbuh hilang berganti’. Mendengar kata2 mak,aku jadi terharu sayu…aku balas kata2 mak,semuanya takdir mak…takdir memisahkan norly dan abg mus,takdir juga yang temukan norly dan aiman…bagai kelahiran kedua… 



Ku pilih hatimu…Tak adaku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku sayang
Kau detak jantung hatiku…
Setiap nafasku… hembuskan namamu
Sumpah mati…hati ingin memilihmu
Dalam hidupku sayang
Kau segalanya untukku…
Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti disaat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Kan menutup mata ini
Untuk yang terakhir
Tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti disaat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Kerna sungguh cinta ini
 Cinta sampai mati…



Sunday, January 2, 2011

ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang
satu jam untuk menyukai seseorang
satu hari untuk menyintai seseorang
tapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang...
baru ku tahu rindu
ada resah yang berat
ada sepi yang dasyat
baru ku sedari rindu ini
perasaan selalu gelisah
hati selalu gundah
Tuhanku...
keluarkan aku dari rumah rindu ke rumah syahdu
dalam satu ikatan yang kau redhakan
bersama lelaki pilihan...

Tuesday, November 16, 2010


pengalaman lalu banyak mengajar
untuk lebih menghargai hubungan...
"cinta umpama sebutir permata didalam gunungan pasir...
susah untuk dicari...
dan bila hilang..
belum tentu akan dapat kembali..."

BEZA CINTA,SAYANG,MINAT DAN SUKA..............


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Friday, November 12, 2010


Kau cintaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita
Kau di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
mungkin kan terputus di tengah jalan
mungkin kan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir..
mungkin kita kan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan Tuhan...