Anak punai
anak merbah
Terbang burung
buat sarang
Anak sungai
pinberubah
Ini pula hati orang
Mengapa
dikenang…
Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu…
Kasih yang dulu tinggal dalam
mimpi
Kasih yang baru simpan dihati…
Selat teduh
lautan tenang
Banyak labuh
perahu acheh
Jangan kesal
jangan kenang
walau hati
rasa pedih
Mengapa
bersedih…
Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa di nanti…
Patahkan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati…
31 mei 2010 ~ Pejabat Agama Kajang Selangor
Hari ni terlerai sudah semua ikatan suami isteri antara aku
dan abang mustapa.walaupun itu kemahuanku…moga perpisahan dan perceraian ini
akan mengubati luka dan kekecewaan yg aku lalui selama bergelar isteri kepada
abang mustapa.demi Allah aku masih sayang padanya..tp aku tidak berdaya untuk
bertahan..cukuplah selama 6 tahun aku cuba pertahankan perkahwinan kami…sudah
suratan ilahi jodoh kami sampai disini saja.biarlah kami bawa haluan sendiri.
moga abang mus akan bahagia bersama wanita pilihan,yang dapat membahagiakan
hidupnya…
Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa....Adakah aku bersalah
Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu…akulah suri hidupmu
Luka dihatiku rawat sendiri
Hari berlalu musim berganti
Dan kini kau ingin diriku lagi
Apakah upaya diriku wanita
Dan Yang tinggal kini kelukaan
Tak akan ku jadi pengemis cintamu
Akan ku buktikan kepadamu…
Kini aku sah bergelar ‘Miss J’ gelaran yang paling berat
yang harusku pikul.maklumlah orang akan memandang serong dan berfikiran negetif
pada kami yang bergelar janda.insyaAllah…moga aku kuat hadapi dugaan yg
mendatang selagi keluarga masih disampingku untuk harungi hari hari yang
mendatang…
Jun 2010
Seperti biasa setiap pagi aku akan ke Hospital Ampang untuk
melaksanakan kerja hakiki sebagai pembantu perawatan kesihatan…dan sebelah
petang pula aku akan ke Poliklinik Gomez untuk kerja sambilan sebagai pembantu
klinik.waktu dan masa aku hanya kerja…kerja dan kerja untuk menampung bayaran
kereta dan rumah.Alhamdulillah mujur keluargaku mengerti dgn keadaan aku yg
bersendirian menanggung hutang2 yg ditinggalkan..
Suasana di klinik pakar ENT hospital Ampang memang sibuk dgn
pesakit2 yg bermacam ragam…tp itu tak mungkin dapat mematahkan semangat aku
untuk berbakti pada mereka yang memerlukan…dgn slogan kami sedia
berkhidmat..aku bangga dgn jawatan yang aku pikul..wlupun aku bukannya nurse tp
sebagai assistant nurse pun aku amat gembira selama 2 bulan aku berkerja
disini.aku bersyukur dpt bos yang baik...bekerja dgn doctor dan staff ENT yg
baik..wlupun ada seorang dua yang amat menjengkelkan hati.
Setelah selesai waktu rehat..kami semua akan berkumpul sebab
sebelah petang..klinik ENT tiada pesakit kecuali kes2 emergensi.oleh kerana
klinik ENT berkongsi tempat pendaftaran bersama klinik Oftal (mata) makin riuh
lah suasana di situ…En.lias,En.zeman,Iqbal,Nabil,Heri,Abe wans,Mamat,kak
syu,kak sya,kak ros,rinda…dan aku.. mereka gelarkan liza Gomez atau mez…sbb aku
bekerja di klinik Gomez hehehe….
Dalam byk2 teman yg aku kenal…dan setelah aku dikecewakan…aku
jadi berdendam dgn insan yg bergelar lelaki.sesiapa saja yang mengetuk pintu
hatiku,akan aku biarkan saja…kebanyakkan lelaki yg aku kenal lebih muda
dariku…dan tujuan mereka hanya satu..mengambil kesempatan dalam
kesempitan.wahai dunia…mengapakah mereka seperti itu..? seolah tiada kebahagian
bagi diriku…
July 2010
Malam ni aku kerja semalaman di klinik Gomez..dalam sibuk
menyediakan ubat pada pesakit…facebook aku tak tinggal…hehe..ape boleh buat,itu
saja peneman setia aku sekarang.sedang asyik mengelamun mengenang nasib diri…tiba2
masuk chat dari De aiman aimanz…pada mulanya aku malas nak layan,dalam hati aku
berkata kata…’kenapa muka mamat ni seiras abg mus’ dah la aku masih frust ngn
abg mus…nak tak nak.aku layan sembang acuh tak acuh saja sebab memang dari mula
aku akan reject dia… hehe.dia memulakan salam perkenalan…namanye khairul Akmal
bin Abdullah berasal dari kedah,lahir tahun 1985,mcm2 cerita dia kongsi bersama
aku.dia suka bercerita…mcm2 yg ditulis dan aku akan membacanya.selepas menukar
no.telefon.akhirnya dia minta diri dan berjanji akan hubungi aku di facebook
atau phone.
sejak perkenalan itu,tak sangka
dia akan cari aku di FB.kami berchating di facebook,dia seorang yg kelakar.kami
agak rapat walaupun kami baru kenal.dia pandai mengambil hati dan selalu buat
aku ketawa dgn kata2nya.aku senang bersamanya sehingga aku bergurau.. pasang
angan2 utk nikah dgnnya 10-10-2010 hehe.. saja je aku mahu menduga dia…aku mahu
lihat adakah dia serius berkawan atau main2 mcm lelaki lain yg pernah aku
kenal. mana mungkin kami akan berkahwin dalam masa 3 bulan dari tarikh tersebut.semakin
lama semakin galak pula soalannya…lebih kearah peribadi…semua dia nak tahu
tentang diriku.semakin hari ,dia makin menghampiri,bila dia bertanya tentang
hati dan perasaan..aku selalu berdalih2 perasaanku padanya.tak mungkin aku akan
memilih serupa mcm abg mus.betul kata orang…’apa yang kita benci itulah yang
akan kita dapat’
Sebagai manusia yg ikhlas dalam berkawan,aku
pun terus terang dengan kedudukan aku yg sebenarnya..bagi aku buat apa menipu..lambat
laun mereka akan tahu juga.pada firasat aku..aku tahu dia terkejut dgn status
aku…memang pada mulanya dia tidak kisah dengan status aku,tapi aku dah boleh agak
hubungan kami selepas ini…mereka akan datang dan pergi sesuka hati…aku Cuma
inginkan sahabat sejati yg boleh berkongsi suka duka segalanya.Ramalanku benar
belaka…sejak itu dia mendiamkan diri…agak lama dia menghilang…mungkin dia
perlukan ruang utk berfikir.maklumlah aku tak seperti wanita diluar sana.dia
berhak dapat yang lebih baik dan sempurna dari aku. lagipun mak melarang aku
memilih bakal suami orang jauh…kerana mak tidak mahu aku berjauhan dari keluarga.
September 2010
Bulan ini bulan Ramadan…begitu hiba ku rasakan bulan ini..bermakna
sudah setahun aku berpisah…bulan Ramadan jua abg mus keluar rumah meninggalkan
aku.Ramadan ini mengingatkan aku…yang aku telah dilepaskan oleh abg mus oleh
kerana seorang perempuan.sedih mengharungi hari2 keseorangan.pada akhir2
ramadan aku dikejutkan dgn panggilan aiman.setelah lama menyepikan diri..di
saat aku berbuka puasa aiman hubungi aku bertanyakan khabar.ermm…aku layan acuh
tak acuh,pelik sungguh la dia ni…
Oktober 2010
Bulan syawal menjelma setelah sebulan menunaikan ibadah
puasa.aku memutuskan ingin berkampung dimelaka utk menenangkan jiwa.seminggu
aku dikampung bermakna seminggu aku tak berhubung di facebook.aku diberitahu
oleh adikku ada org komen gambar raya kami.siapa ye komen? Nana ckp de
aimanz,Yb mamat ngn mohd kamil.dan yang amat memusykilkan aku…aikk..de aimanz??
Setelah habis cuti raya..aku dihantar oleh pakndak dari
nilai ke ampang.dalam perjalanan,aku mendapat panggilan dari aiman.pelik juga
aku dibuatnya…ye laa dah lama menghilang tiba2 muncul kembali.katanya ingin
bertanya khabar dan mengucapkan selamat hari raya padaku.kali terakhir dia call
aku masa berbuka puasa.lps tu dia hilang lagi.dia mengadu dah seminggu
demam.aku menyuruhnya makan ubat.dia kata ubatnya ada padaku dan dia rindukan
aku…’Ayo…ape dah jadi ni’?
Pagi ini aku mula bekerja setelah puas bercuti raya.dan
setiap pagi juga handphone aku akan berbunyi menandakan ada mesej dari aiman.tak
kiralah sms ke mms ke…semua dari aiman.pada tengah malam pula aku akan dapat
mesej ayat2 jiwang darinya…mcmane aku nak balas ye…dapat baca mesej pun awal
pagi tgh siap2 nak pergi kerja dan tempat keje pulak tak ada line.sudahnya aku
membiarkannya saja.bila balik kerja pula…bertalu2 mesej yang aku dapat.aku
hanya dapat balas sms dia seadanya.soal hati bukan boleh dibawa main…kenapa
tiba2 dia datang kembali mengharap sesuatu yang tak pasti…
Dia
masih ingin memujuk aku tapi aku masih belum terbuka hati utk menerima
dirinya,aku selalu berdalih dan selalu beri alasan padanya.Duda anak satu ingin
melamar aku tapi aku tolak juga.aku maklumkan pada aiman ttg org datang merisik
aku…tak sangka pula berita itu memberi
kesan padanya.dia agak kecewa bila aku mengatakan bahawa keluarga aku
ingin menjodohkan aku dgn sepupu aku sendiri.aku tahu kali ini aiman betul2
serius dgn aku…aku juga dpt rasakan dia betul2 berusaha memiliki aku sbg
isteri.ketahuilah aiman…semua alasan diatas adalah helah semata..aku hanya
ingin menduga keikhlasan hatinya.maafkan norly…
November 2010
Hari berlalu…aku masih bersama
aiman.kami cuba buat kedua kalinya…sikit demi sedikit aiman dapat menyentuh
hatiku.aku cuba berterus terang lagi bahawa aku tak dapat menjanjikan apa2
padanya sekiranya dia mahu mengambil aku sebagai isterinya.aku tak dapat
janjikan zuriat padanya bila kami sudah berkahwin kelak…sebab semua itu diluar
kuasa aku.Cuma aku akan menyayangi dirinya seperti mana aku menyayangi diriku
sendiri.aku hanya ada kasih yang tidak berbelah bagi untuknya.aku mahu dia
terima aku seadanya..kerana aku sedar diri ini tidak sempurna.dia berjanji akan
menjaga,mencintai dan membela nasib aku…status aku bukan penghalang cintanya
padaku.aku bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menyayangi dan mencintai
aku setulus hati tanpa mengharap balasan..
Ya Allah…kau rahmatilah hubungan kami,sekiranya jodoh kami
kuat..peliharalah hubungan
kami,kuatkanlah kasih sayang kami.masa2 aku hanya untuk aiman.kami
berchating,sms,berbual di telefon.Cuma aku harus beritahu kepada mak ayah
tentang aiman.berdebar2 jantungku menanti keputusan mak,ayah tak ada masalah
utk terima aiman. Telah ku duga,seperti 3 bulan lepas mak melarang hubungan aku
dgn aiman.mak agak keberatan dgn alasan aiman orang kedah.wahai mak..jauh itu
bukan pemisah…
Pada masa ini aku telah terlanjur sayang pada aiman.perasaan
itu hadir hanya untuk aiman.tapi hubungan kami ditentang hebat.aku sedih
memikirkan hal itu…kasih tak kesampaian.mak meminta pendapat along mengenai hubungan
aku dan aiman.along membantah habis habisan dgn alasan yang sama…aiman orang
kedah..jauhnya berbatu2.menitis airmataku mendengarnya...cinta kita terhalang
dan dihalang…
Akhirnya aku memutuskan pada semua…ini adalah cinta norly
yang terakhir dan jika cinta ini tidak direstui…norly tidak mahu berkahwin
lagi.anggaplah cinta ini cinta terakhir…
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan
kasih kita
Kau sempurna dimataku
satu antara seribu
Tiada antara didunia
Mungkinkan terputus ditengah
jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan...
Disember 2010
Perkhabaran baik yang aku terima dari mak…mak merestui
hubungan aku dan aiman.aku bagai tak percaya mendengarnya.mak ayah meminta
aiman berjumpa mereka terlebih dahulu.aku pun mengkhabarkan pada aiman. Buat
pertama kalinya aku rasa aiman begitu gembira…setelah beberapa kali aku menolak
hajatnya.Alhamdulillah semuanya telah mendapat restu dari keluarga.hari
berganti hari kami menyulam rasa cinta yang kian menebal di sanubari walaupun kita
belum bersua muka.ada cinta dalam hati…
Sesuatu
yang tak disangka
Seringkali
mendatangi kita
Itukah
suratan dalam kehidupan
Atau
sekadar satu kebetulan…
Kita
asyik membicarakan
Persoalan
hidup dan pilihan
Serta
kejujuran semakin terbuang
Masih
tiada bertemu jawapan
Walau
kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan
Mengapa
sering terjadi
Pilihan
tak menepati
Hingga
amat menakutkan
Menghadapi
masa depan
Seolah
telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus…
Pertemuan
sekali ini
Bagi
diriku amat bererti
Tetapi
ku bimbang untuk menyatakan
Bimbang
kan berulang kesilapan…
Hubungan kami semakin erat…kami sedang dilamun cinta.aku
berasa lebih tenang berbanding dulu..maklumlah ada orang yang menyayangi diri
aku..pasti aku bahagia dan bersyukur,setiap dugaan yang aku lalui pasti ada
hikmahnya.begitu juga hubungan aku dan abg mus,kami masih berkawan
baik…walaupun kadang kala abg mus masih merayu mahu aku kembali sebagai isterinya lagi.maafkan norly, abg
mus…sesungguhnya pintu hati norly sudah tertutup untuk kita kembali seperti
dulu…
Sukarnya
ku nyatakan perasaan padamu
Yang
semakin menebal bersemi dikalbuku
Sungguh
pun demikian terpaksa ku terima
Hakikat
yang sebenar diri ini sebenarnya dicintai
Beratnya
hati ini untuk melepaskanmu
Sudah
pasti kau luka….
Dan
andai ku pilihmu jadi kekasihmu
Bagaimana
dgn dia yang terdahulu menyintaiku…
Sungguhku
serba salah tak menentu
Mengapa
semua ini yang terjadi….
Pastiku
menyendiri
Dari
meluka keduanya
Tak
mungkin kan terjadi
Dua
Jiwa Satu Hati..
Januari 2011
hari
ini Jumaat (7/1/2011) buat pertama kalinya kami rancang hendak bertemu selepas
habis waktu kerja..pada pagi itu aku jadi tak keruan..ada saja yang tak
kena.mungkin aku gementar memikirkan aku akan bertemu aiman malam nnt.tapi
perasaan aku makin tak keruan bila mendapat panggilan dari adik abg mus…dia
mengatakan bahawa abg mus kemalangan jalan raya dan meminta aku segera hadir ke
hospital kuala lumpur.aku meminta pelepasan dari bos utk ke sana.pada masa itu
aku tidak diberitahu bahawa abg mus telah pergi meninggalkan aku buat
selamanya.setelah aku mendapat tahu abg mus meninggal dunia,aku meraung
menangis sepuasnya.serasa jantung aku begitu sakit menerima berita yg tidak
terduga itu.dengan ditemani along,aku diminta oleh mereka untuk ke rumah mayat
HKL.Ya Allah…bagai mahu pitam aku melihat wajah arwah abg mus buat yg
terakhir.mayatnya terbujur kaku..begitu tenang wajahnya seperti sedang tidur…Ya
Allah,tempatkanlah roh arwah abg mus dikalangan orang2 yg beriman dan
ampunkanlah segala dosa2nya…
Dalam
dakapan senja
ku
renungi sinar matamu
berat
rasa melepaskan dikau pergi…
diri
hembusan bayu
|
|
malangnya
bencana menimpa
kau
telah pergi untuk selamanya
tak
kembali….
Pada
saat terakhir
Ku
melihat paras wajahmu
Kau bisikan hanya sayang kepadaku…
Nurkilan Norlymus
Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan.10 tahun kita
bersama…suka duka,lara dan tragis bila abg mus pergi buat selamanya tanpa
sepatah kata.kita dah cuba jadi suami isteri yang baik dan sedaya upaya
selamatkan perkahwinan kita..tapi inilah jawapan pada perhubungan kita.semuanya
ketentuan Allah.kita bercerai hidup dan mati.dah tertulis..kita hanya dapat
bersama setakat ini.maafkan norly…norly dah temui pengganti abg dan norly tak
minta semua ini berlaku.norly sentiasa mendoakan abg mus di alam sana.selepas
kita bercerai dulu,kita bahagia jadi abang dan adik walaupun hanya untuk
seketika…
Pada hari tersebut aku khabarkan
pada aiman situasi yg aku alami …mujur dia selalu ada menenangkan jiwa
aku.kesian aku memikirkan aiman tak kesampaian dan bersusah payah dari kedah
ingin bertemu aku buat pertama kali…tapi aku harus pergi sempurnakan pengebumian jenazah abg mus
buat kali terakhir.sesungguhnya hanya Allah maha mengetahui…pada hari yang sama,takdir
menemukan aku dan aiman,takdir juga memisahkan aku dan abg mus.hadirnya aiman
dalam hidup aku punyai wajah seiras dan
peribadi yang hampir sama.
Keesokkan harinya ayah bertanya
padaku…adakah aku ingin jumpa aiman? Ayah menyuruh aku berjumpa aiman dan
menjemput aiman ke rumah untuk berkenalan dengan mak ayah.aku kuatkan semangat
untuk memandu dalam perasaan yg berbaur baur.dengan ditemani adikku nana,kami
ke puchong kinrara minta bantuan kak salmah untuk menemui aiman di puchong
prima.setelah puas mencari lokasi aiman,akhirnya kami bertemu jua… Selama ini
kami hanya bertemu dialam maya..hanya melihat gambar.hari ini takdir menemukan
kita akhirnya.
Patah
Tumbuh Hilang Berganti…
|
Tapi
tak bermakna cinta yang hadir selepas itu
|
Debaran Aiman…..
Hatiku berdebar-debar… Entah kenapa? Atau
mungkin kerna Norly mahu berjumpa aku.
Tatkala Pagi itu handhone aku berdering hatiku bagai nak luruh bila dia berkata
sedang berada di hadapan rumah Abang aku. Aku turun mencari dan menunggu Norly. Dimanakah dia?
Apakah dia bergurau? Kusut aku dibuatnya. Tanpa diduga keretanya meluncur terus
berhenti dihadapanku. Terpaku aku dihadapannya. Pertama kali bertentang mata
setelah sekian lama hanya berjumpa tanpa wajah di Alam Maya atau lebih dikenali
CINTA MUKA BUKU…….
Ku menjemputnya
masuk ke dalam rumah. Tersipu-sipu malu aku. Aku ingat dia datang seorang.
Rupa-rupanya adik dia dan sepupu dia pun turut serta.kami berdua diam seribu
bahasa.hanya kedengaran suara riuh kak salmah bersembang dengan kak ros.dalam
keriuhan itu,mata kami bagai berbicara dalam hati.bagai mengerti gelodak
perasaan yang meruntun kalbu.
Debaran Norly…
Ya Allah..sesunggunya aku gementar…betulkah tindakan aku
ini? bermacam2 persoalan dalam fikiranku…adakah aiman akan memilih aku?
Bolehkah aiman menerima aku seadanya? Apapun jawapan aiman…akan aku terima.
kami tidak berkesempatan untuk berbincang hati ke hati.Dalam renungan mendalam,akalku
seolah kosong.mungkin aku masih terkejut kehilangan abg mus semalam.aku hanya
berserah pada Allah… pasrah atas ketentuan yang akan aku hadapi untuk hari
mendatang.aku memilih aiman kerana Allah Taala.aku tahu semua ini
suratan,mungkin kehadiran aiman penawar bagiku dan aku bersyukur kerna masih
ada sinar kebahagia…hikmah atas apa yang terjadi.
Tak lama selepas itu,aku membawa aiman ke Ampang
untuk bertemu mak dan ayah.dalam perjalanan.aku melihat aiman runsing.bagai ada
sesuatu yang menganggu dia…aku faham ape yang dirasakan itu.aku turut
mengalaminya,Cuma aku tak berapa pasti adakah aiman ikhlas memilih aku? Aku
perlukan jawapan sebelum kami sampai dirumah.aku melihat aiman mengeluh…lalu
aku ambil tangannya dan mengengam erat jari2nya.dalam hatiku berkat..jika aiman
tak membalas gengaman tanganku..aku tahu jawapannya.tapi tak ku sangka,aiman
juga gengam erat tanganku.baruku tahuyang aku tak bertepuk sebelah tangan.aku
Cuba bagi dia kekuatan untuk berdepan dgn mak ayah…lama kelamaan aiman semakin
tenang mengawal debarannya.
Di rumah,aku
perkenalkan aiman pada mak ayah dan along.Alhamdulillah semuanya lancar.aku
melihat ayah senang berbual dgn aiman.aiman pun ramah bercerita.didapur,aku dan
mak sedang menyediakan hidangan makanan.mak berkata padaku…’muka aiman saling
tak tumpah sama dgn abg mus…patah tumbuh hilang berganti’. Mendengar kata2
mak,aku jadi terharu sayu…aku balas kata2 mak,semuanya takdir mak…takdir
memisahkan norly dan abg mus,takdir juga yang temukan norly dan aiman…bagai
kelahiran kedua…
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku sayang
Kau detak jantung hatiku…
Setiap nafasku… hembuskan namamu
Sumpah mati…hati ingin memilihmu
Dalam hidupku sayang
Kau segalanya untukku…
Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti disaat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Kan menutup mata ini
Untuk yang terakhir
Tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti disaat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Kerna sungguh cinta ini